Isnin, 19 Ogos 2013

PENGENALAN

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
Pendidikan Pencegahan Dadah boleh :

a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan 
     Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

b) Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di 
     kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

c) Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di 
     kalangan pelajar.

d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan 
     masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

e) Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah 
    daripada terlibat dengan dadah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan